Khamis, 12 November 2009

TERINGAT KEMBALI,,kongsi pengalaman sedih


HARI NI dah 12.11.2009....maknanyer 12 hari lagi ahhh nak ke kuantan,,,YA ALLAH PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN KAT MAKHAMAH NANTI,,LANCAR KAN LIDAH KU UNTUR BERkata kan yg benar,,YA ALLAH BERIKAN LAH REZEKI YG HALAL KEPADA KAMI,,YA ALLAH"
27hb 11 2009 ni lah tarikh yg di tunggu 2 nak je tenggok muka org yg tak bertanggung jawab ,,,yg tak bertanggungjawab kat jalan raya,,tak nak ikut peraturan org suh bawak elok2 dia lak nak lumba2 huhuhu ,,,dulu time marah,,lah sekarang,,alhamdulillah ,,semoga Allah saja yg membalasnyer,,,di dunia ni,,,terima hukuman yg tak seberapa,di akhirat nanti terimalah padahnyer...
teringat aku,,ajal dan maut di tangan tuhan ,,Allah telah menentukan segala-galanya.kenapa ya tetiba aku,,terlintas nak coret kan,,,pengalam itu,,,huhuhu ,,,hari ni sepatutnyer aku cuti,,,nak jhe teman kan abah ke hospital,,nak buat fisioterapi ,,,untuk tulang belakang dia,,yg retak,,,akibat accident terbaru(14hb 72009) baru2 ni,,,kemalangan terbaru yg menimpa suami ,,dan terasa oleh kami sekeluarga,,,apa taknyer,,,sakit yg di rasai,,akibat kemalangan 2004 masih lagi di rasai,,,oleh kami,,,,alhamdulillah,,,suami selamat.suami kemalangan dalam tugas,,,waktu tu,,pasukan bomba dan penyelamat terengganu,nak gi membantu mangsa kemalangan gak kat setiu,,,tapi malang tak berbau,,,jentera bomba yg di naiki,,,terbabas terus terjunam dalam satu cerun,,,alhamdulilah 8 orang termnasuk driver selamat,,cuma,,cedera ajalah,,suami patah tulang rusuk dan retak tulang belakang,,,akibat kecederaan tulah ,,dia kene buat fisioterapi,,tiap2 minggu,,,walaupun,,,dah beransur sembuh,,tapi dia selalu mengadu sakit,,,bahagia leher,,dan tengkuk,,,sekarang dah masuk kijer hampir sebulan,,lebih,,doktor bagi surat,,lightduty,,,kerje2 ringan je,,takleh gi lah kuar operasi,,,alham,dulillah abg selamat,,,"kemalangan tu,,,berlaku pada jam 6 ptg kut,masa tu hujan renyai2,,,
http://www.youtube.com/watch?v=ph1vGQp2204
atau klip je ni
>>Haji Wahid Mlawat Anggota Bomba Kmalangan

kat atas youtube tu ader ....vedeo masa accident tu huhuhu

time ni gambar masa abg accident ,,,14 07 2009..huhuhu

TETIBA SEDIH JE,,,



ASSALAMUALAIKUM,,,selamat pagi,bila sampai je kat tempat kijer terus bukak blog somebody nama dia mama nisa ,,,silent reader ummi tu lah huhuhu...ader lah satu entry yang(peminat blog mama nisa gak) di hantar kat mama nisa,,sedih sangat bil baca entry tu,,teringat lak kat arwah anaku ,,,"arwah aidil haqim"bila baca je,,terus menangis,,,sebak,,,tak tahan,,,sekarang arwah dah pergi 5 tahun. 27hb11.2009,ni bru perbicaraan kes kemalangan tu hampir selesai,,insyalah,,,bila dapat tuntutan insurant tu,,,kami bercadang nak je agih2 kat tempat dan sekolah yg memerlukan bantuan ,,,,insyallah rezeki tu,,kami taknak guna sewenang2 nyer sekurang2 nyer dapat menampung sekolah2 dan tempat yg memerlukan,,doakan keluarga kami,,dilimpahi rezeki,,yg berkat,,,walaupun dr tuntutan insurans .

kongsi pengalaman sedih kat blog VP,,,,

Kongsi Pengalaman: AL-FATIHAH untuk Hana Humairah Bte Ahmad Fakhrul Radzi

Posted by viruspadu on 09/11/2009

salam vp, saya linda one of your blog silent reader… love to read your blog. before this i know nothing about blogging, but since i knew your fp and u change to blog, there where my interest come…especially when you wrote about your late daughter…. seriously, i’m shock, sad, cried and feel that you are really strong to faced the test from Allah… then i start to create my own blog to write anything that can less my tense…. and i want to make my blog as a diary for me and all my family…

everything happens when i lost my daughter… one of my frenz ask me to read your story… from there i found my strength… serious…. perempuan kan lemah, especialy from emotion site… and there where i fall…..

bila saya kehilangan arwah anak saya… saya hilang arah… saya hilang punca… semua yg saya buat tak betul…. semua yg ada saya benci… semua membuatkan saya marah… bila baca blog vp, saya perlahan-lahan menerima takdirnya… sbb saya mula percaya, bukan saya saja yg di duga sebegitu… ada org lain lagi, malah ujiannyer maha hebat dari yg saya hadapi…

vp, ingin saya kongsi sedikit cerita tentang pemergian anak saya dengan vp… saya harap vp akan trus berblogging… saya gemar membaca tulisan vp dan adik beradik vp yg lain… saya bahagia dgn kebahagiaan kalian… feel free to visit my blog (http://www.radzilin.blogspot.com) – tp buat masa skrg nie saya tgh privatekan blog saya… kalau vp nak singgah, bgtau yer, nnt sy invite vp sekali…

ini antara coretan saya saat2 saya kehilangan Hana Humairah….

Aku tak pernah sangka arwah akan pergi tinggalkan aku n hubby secepat nie… Takder terlintas langsung pun…
Pagi 22hb Jan 08 tu mcm biasa… Aku kejutkan hana lebih kurang pukul 6pg sbb nk bg susu… Biasanya kalo aku bg salam kat dia maser kejutkan dia, dia akan senyum, tp pagi tu bila aku bg salam, dia tenung jer muka aku… Dia tengok jer… Tp tak der la aku terfikir aper2… Pastu aku bg susu dan tukarkan baju dia mcm biasa…
Pagi tu sementara nk tunggu laki aku siap, aku sempat amek gambar dia guna HP aku sekeping and rakam video dia lebih kurang seminit lebih… Tak pernah aku buat macam tu sebelum nie… Memang tak pernah… Tp dia mmg tak ceria mcm biasa… Tak bnyk bercakap (biasernyer dia banyak bercakap bahasa dia)… Tapi pagi tu dia senyap jer…. Pastu hampir kul 7 pagi, kami gerak la dr rumah nk hantar hana pegi nursery dia… Pas aku bagi hana pd baby sitter tu, aku ckp “adik jgn nakal tau, mama ngan papa nk g keje” biasanya dia akan senyum dgr aku pesan mcm tu, tp pagi tu dia mcm takder perasaan langsung.. Dia tenung jer muka aku n hubby sampai kami naik kereta…

Maser tu mmg aku tak terfikir aper2 pun… Dlm pukul 8 lebih, aku msg wani (baby sitter) pesan jgn mandikan hana dgn air sejuk, pastu mandikan dia pagi jer, sbb dia baru baik dr batuk n macam lelah (athma). Tiba2 dlm kul 9.05 pg aku dpt call dr mona (owner nursery tu), dia bgtau baby sitter bwk hana pegi SMC sbb hana tak sihat… Dia kate mulut hana dh berbuih-huih n hidung dia keluar susu…. Pastu dia ckp hana critical, dia suruh aku cepat pergi SMC…

Maser tu hanya ALLAH SWT yg tau perasaan aku.. Aku tak sempat nk ckp aper2 aku terus capai handbag, aku meraung berlari keluar dr opis… Maser tu officemates aku, kabir, syuhada n kak murni kejar sbb aku dah meraung-raung… Kak murni offer hantar aku sbb hubby aku kat sungai buloh… Aku call hubby, aku ckp kat dia suruh g smc cepat sbb hana tak sihat… Maser tu sepanjang perjalanan aku menangis jer, risau something bad happens to my baby…

Dlm perjalanan nk ke smc tu aku receive sms dr kak mona, dia kata kat SALAM hospital plak… Mungkin mmg ALLAH SWT nk cepatkan aku sampai ke situ, maser kak mona msg tu, aku dh terlajak exit nk ker SMC, kiranya jln yg aku lalu tu mmg betul2 nk pegi SALAM hospital… Dekat2 kul 9.30am aku sampai hospital…

Berlari aku masuk hospital tu… Aku tny kat kaunter, “hana humairah kat maner” Diorg tunjuk kaunter lg satu… Aku lari lg kesana… Aku tny lg “hana humairah maner” Dia tunjuk bilik doctor… And suddently, aku nmpk wani kat bilik doc tu tgh melambai-lambai aku… Berlari aku masuk bilik doc tu…

Maser sampai-sampai jer kat bilik doc tu, semua org ckp pd aku bersabar, bersabar… Aku sound diorg balik, naper lak nk suruh aku bersabar nie? Pastu aku tny mana hana? Wani terus tunjuk kat bilik sebelah…

Maser tu dr jarak tak sampai 7 langkah, aku nmpak anak aku baring, aku terus berlari kat katil tu… Aku tgk mata dia pejam… Dlm hati aku kata “tido rupanyer anak aku, agaknyer doc baru bg ubat” Aku terus usap kepala dia pastu terus cium dia…

Tapi…………………………… Maser tu aku dh raser semacam jer… Aku ckp pd diri aku sendiri “napa anak aku sejuk jer nie” Dua tiga kali aku cium dia, aku ckp “hana mama dtg nie, hana naper syg” tp no feedback and nurse sumer dh pegang aku sbb aku tetiba lembik…… Aku nangis n jatuh bila aku sedar, anak aku dah takder… Dan dgr diorg ckp “sabar puan, ALLAH lebih sayangkan anak puan” Ya ALLAH, anak aku dh takder rupernyer… Terus aku jatuh… tetiba jer kaki aku lembik, tak mampu nk berdiri…

Subhanallah…. Besar betul dugaan yg KAU turunkan untuk aku… Aku meraung untuk beberapa ketika… Ntah dah macam org giler agaknyer… Kenapa aku? Kenapa aku? Kenapa hana? Kenapa Ya ALLAH??????? Allahuakbar!!! Allahuakbar!!! Lepas tu, aku dh boleh bangun, aku pergi jumpa doctor… Aku tny mcmner leh jd mcm tu… Doc explain…

Maser sampai, arwah mmg dh takder…. Sbb denyut nadi dh takder… Bola mata pun dh bulat… (biasernyer kalau bola mata dah bulat tu, mmg menunjukkan org tu dah takder). Tak putus air mata aku dgr semua tu…. Terasa sedih sgt….. Sbb aku tak dpt ngadap anak aku sampai akhir hayat dia….. Kenapa hana tak habis di pangkuan mama hana??? Berderai lg airmata aku maser tu… Mase tu hubby tak sampai lagi… Aku rasa aku sendiri hadapi semua tu, macam tak tertanggung jer.. Rasa macam nak pengsan je maser tu…

Maser tu hubby call aku tanya macam maner… Aku tak punya kekuatan nak bgtau hubby yg hana, cinta hati kami dah pergi untuk selama-lamanya… Aper yg boleh aku ckp, “papa datang cnie cepat!!”. Tapi hubby tetap tanya, kenapa? Macam maner? Bila aku bgtau, “pa, hana dah takder… cepat sayang…” Aku dengar ada jeritan dr hubby… “Ma, mama ckp aper nie?”. Hubby seolah-olah tak percaya bila dgr apa yg aku cakapkan… Tp itulah hakikatnya…. Talian terputus…. Tak lama lepas tu, hubby call aku semula, hubby tny “ma, cakap betul2 ma, takkan lah hana dah takder?” aku tak mampu nak jwb, hanya tangisan yg kedengaran ketika itu… Dan talian terputus lagi…

Aku kuatkan semangat, aku tny baby sitter tu, mcmner leh jd mcm tu… Diorg ckp… Pas aku hantar hana pagi tu, hana asyik menangis jer…. tak mcm selalu… Biasanyer hana lah baby yg paling senang yg diorg jaga… Hana mmg tak banyak ragam… Tapi pagi tu dia meragam, asyik menangis tak berhenti… Itu yg keluar dr mulut diorg… Diorg buatkan susu, tp katanya hana taknak menyusu… Pastu, diorg cuba tidokan hana and hana tido… Maser hana tido, katernya diorg turun bwh. About 15 minutes after that, diorg naik balik… Kata diaorg, maser naik tu, dia tgk hana dh tertiarap and mulut hana keluar buih and lendir, hidung hana pulak keluar susu… Dia org try buat CPR tp tak success, hana dh biru n sejuk… Diorg terus call teksi and bwk hana pergi hospital… Dan dr apery g Doc tu bgtau aku, rasernya maser dlm teksi, on the way ke hospital arwah dah takder…

Itu lah cerita dr diorg… betul atau tak, hanya ALLAH swt yg tau…

Ya, Allah…. Tak sanggup aku nk dengar semua tu… Tak mampu rasernya untuk aku berhadapan dengan dugaan Mu yg maha hebat ini Ya Allah… Bila hubby sampai, dia terus meluru masuk n terus peluk cium arwah… Ya Allah, hubby menangis….. Tak sanggup aku tgk semua tu… Makin bertambah luka yg aku tanggung… Sakitnya hanya Allah yang tahu…

Lepas hubby call semua family bgtau hana dah takder, tak berenti hp aku berbunyi… Dan yg paling aku sedih bila along, kakak aku dr Japan call…. Along tny, naper boleh jd mcm tu… Aku tak mampu nak jwb aper2 pun, aku hanya menangis…. Yg sedihnya, along tak dapat tgk hana lg, tp hana telah pergi untuk selama-lamanya… Abah call bg semangat, tp tetap airmata yg menjawab semua paggilan tu…

Lepastu, arwah dibawa ke hospital klang sbb nak kena buat postmoterm… Bergaduh gak la aku dgn polis tu, sbb aku taknak arwah dibedah… Aku kesiankan arwah… Tak sanggup rasernya aku nak biarkan tubuh mungil arwah dibedah… Tp undang-undang tetap undang-undang… Sbb arwah bukan meninggal ditangan aku, bukan di tangan parents, tp pengasuh, sbb tu kena postmoterm….

Selesai semua, doc bgtau cuma jumpa ckit jer susu dikerongkong arwah n ada sikit bengkak pada paru-paru arwah… Selesai dimandikan, aku n hubby dipanggil untuk menatap sekujur tubuh arwah… Ya Allah, manisnya muka anak aku… Berseri sangat-sangat… Tp hati mama nie masih bersedih na…. Selesai dikafankan, sekali lagi aku dipanggil untuk mengadap arwah… Suhanallah, maha suci Allah… Cantiknya ciptaanMu ini ya Allah…. Hana tgh tersenyum… Siap dikafankan, hana sgt comel dgn kain putih melitupi sekujur badannya… Hanya wajah arwah yg belum ditutupi…. Hana, wajah itu akan mama ingat sampai bila2 sayang…

Dan sekejapan selepas itu, kami bertolak dr klang terus ke kampong, Muar…. Sepanjang perjalanan, aku tak henti menangis… Setiap kenangan bersama arwah berlegar dlm fikiran ku… Rasernya baru sebentar td aku peluk cium arwah yg masih bernyawa, dan sekarang….. Aku sedang memangku jenazahnya untuk disemadikan buat selama-lamanya…

Sesampainya di Muar, abang ku (andak) terus mengangkat jenazah arwah naik ke atas rumah untuk disembahyangkan. Mak berlari mendapatkan aku, dan kami berpelukan… Puas emak minta aku bersabar dan bersabar… Tp, aku gagal… Aku rebah….. Adik ku (ijan) dan bapa sedara ku mengangkat aku masuk kerumah… Puas kakak2 ku memujuk aku bersabar dan redha dgn pemergian arwah…. Dan buat kali terakhirnya, aku kena kuat untuk kami menatap wajah comel arwah…

Satu persatu ahli keluarga ku mengucup arwah… Bila tiba giliran aku, aku raser tak mampu untuk menahan air mata ini dr mengalir… Aku gagahkan jua, dan kucupan demi kucupan singgah dipipi mulus arwah… Hana, ini untuk yg terakhir kali sayang… Doakan mama n papa kuat untuk berhadapan dgn semua ini… Bila tiba giliran abah, aku jd makin sayu… Abah tumbang selepas mengucup arwah tuk kali terakhir….. Abah pitam, hampir pengsan… Semuanya gara2 abah terkejut dgn pemergian yg tak dijangka ini… Sbb abah baru jumpa arwah 20hb…. Tp abah, ALLAH lebih menyayangi Hana…

Dan malam itu, lebih kurang jam 9.00mlm, hana selamat dikebumikan…. Dan disitulah rumah baru hana…

Hana, maafkan mama jika selama 9 bulan 10 hari hana dalam rahim mama dan selama 104 hari mama menjaga hana, mama ada menyakitkan hana… Maafkan mama sayang…… Maafkan mama…..

Tak lupa juga kepada semua yg ada disisi tatkala aku diduga sebegini… Kepada mak, abah, along,angah, uda, andak, ijan, ateh, acik, ucu, semua abang ipar, kakak ipar dan adik ipar, mak-mak sedara dan bapa-sedara yg ada…. Terima kasih sgt2 kerana sentiasa memberi sokongan yg tek henti-henti untuk akak menghadapi semua ini….

Dan terima kasih yang tak terhingga kepada hubby tercinta, Ahmad Fakhrul Radzi, kerana kesabaran dan kasih sayang yang tak pernah putus selama ini… Terima kasih sayang…

Kepada semua kawan2 yang memberi sokongan, liza, cham, zila, yana, kak murni, adah, mas dan nama2 yg mungkin aku tak nyatakan disini… Terima kasih yg tak terhingga atas simpati n perhatian kalian selama ini…

Hana, semoga Hana bahagia disyurga ciptaan Allah dan doakan mama n papa tabah melalui hari-hari mendatang tanpa kehadiran Hana disisi…

AL-FATIHAH untuk Hana Humairah Bte Ahmad Fakhrul Radzi
10th Oct 2007 – 22nd Jan 2008

Azlinda Mahmod

*menahan air mata*

Pengalaman ini telahpun saya lalui dengan sukar.Alfatihah buat Alesha Abriza bt Shamsul

Feeds

YA ALLAH


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com