Khamis, 19 November 2009

harakah daily new

oleh : WAN KAY

KUALA TERENGGANU 18 Julai Sabtu - Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ditemani oleh Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah menziarahi anggota bomba yang terlibat dengan kemalangan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

 
Sebelum itu, dua Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Dato’ Abu Bakar Chik dan Haji Mohd Abdul Wahid Endut juga ditemani oleh Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah turut berbuat demikian.

Sehubungan itu, PAS Terengganu merakamkan ucapan takziah serta mendoakan kesejahteraan kepada semua anggota terbabit.

Ustaz Abu Bakar berkata PAS Terengganu turut melahirkan rasa dukacita dengan kejadian yang berlaku serta merakamkan ucapan takziah.

Namun begitu, katanya semua itu merupakan takdir dan orang Islam dikehendaki bersabar serta mendoakan keselamatan.

“Ya, PAS negeri Terengganu mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa kemalangan dan mendoakan keselamatan dan kesejahteraan,” ujarnya.

Menurutnya, jasa serta pengorbanan anggota bomba sangat besar dan wajar dihargai oleh semua pihak.

perkembangan semasa .....



Diposting oleh aBaBiL pada 3:35 AM 0 komen 

Labels: PAS, Pemimpin, Ziarah


Feeds

YA ALLAH


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com