Isnin, 1 Mac 2010
Makanan yang Wajib Di Makan Setiap hari
Makan adalah perkara penting untuk meneruskan kesinambungan hidup, namun persoalannya, dakah makanan yang kita makan setiap hari itu benar-benar sihat?
1. Yogurt
Manfaat Ekstra: Menguatkan tulang, meningkatkan daya tuhan tubuh.
Kenapa perlu minum yogurt? yogurt mengandungi banyak bakteria baik yang berfungsi untuk mengusir bakteria jahat di permukaan usus, meningkatkan daya tahan tubuh dan melindungi tubuh daripada serangan penyakit. Pun begitu, tidak semua yogurt mengandungi bakteria baik, jadi sebelum membeli pastikan labelnya tertulis 'mengandungi kultur yang hidup dan aktif' agar menfaatnya dapat di nikmati oleh tubuh.
2. Tomato
Manfaat Ekstra : Melawak kanser, kesihatan jantung, meningkatkan daya tahan tubuh.
Kenapa harus makan tomato? warnanya yang merah mengandungi banyak likopen yang kaya antiokjsidan, bahkan penyelidikan menunjukkan bahawa, makanan yang kaya likopen dapat menurunkan risiko penyakit paru-[aru, kanser prostat, kanser kulit serta kanser usus dan pengumpulan plak di pembuluh darah.
3. Lobak Merah
Manfaat Ekstra: Meningkatkan daya tahan, menajamkan penghlihatan, sebahagian besar buah dan sayuran berwarna kuning, merah atau oren kaya dengan karotenoid yang mampu mengurangkan risiko penyakit dan rheumatiod arthritis.
4. Blueberry
Manfaat Ekstra: Meransang kerja otak serta meningkatkan kesihatan jantung.
Kenapa harus makan bluekerry? buah ini kaya antioksida, ia dipercayai dapat mencegah beberapa jenis penyakit dan juga meningkatkan daya ingatan. Penyelidan menunjukkan bahawa bluberry kaya dengan serat, vitamin A dan C.
5. Soya hitam
Manfaat Ekstra: Pertumbuhan otot, merangsangkan kerja otak, kesihatan jantung, semua soya bagus untuk kesihatan jantung. sementara itu, soya hitam pula mempunyai keistimewaan dan khasiat yang tersendiri iaitu dapat meningkatkan daya ingatan.
Kenapa? kacang siya hitam kaya dengan antosianin, iaitu sejenis antioksida yang telah terbukti dapat memperbaiki fungsi otak. Setengah cawan soya hitam mengandungi 8gram protein dan 7.5 gram serat dan rendah kalori.
6. Gandum
Manfaat ekstra: pertumbuhan otot, merangsang otak, kesihatan jantung, selain kaya dengan khasiat, gandung juga mengandungi serat tinggi yang larut air. di mana ia berfungsi untuk menurunkan risiko serangan jantung. selain itu, gandung juga kaya dengan karbohidrat.
7. Bayam
Manfaat ekstra: Meningkatkan pertumbuhan otot, kesihatan jantung, menguatkan tulang dan meningkatkan ketajaman penghlihatan, bayam kaya dengan asid lemak omega 3 dan folat yang membantu menurunkan risiko doserang beberapa jenis penyakit. walaupun is sekadar sayuran berwarna hijau, namun bayam dipercayai amat berkhasiat untuk meningkatkan tenaga lelaki.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
YA ALLAH
Create a playlist at MixPod.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan