Ahad, 6 Jun 2010

Kunyit – Anugerah Semulajadi Untuk Manusia

omponen utama sesuatu makanan itu adalah bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan inilah yang menghasilkan pembentukan darah dan tulang di dalam tubuh seseorang itu, yang mana akan membawa kepada fungsi-fungsi tubuh badan yang sempurna. Organ-organ yang berfungsi dengan sempurna akan menjadikan kehidupan kita sihat. Di dalam turutan ini, produk-produk herba dan semulajadi juga adalah amat berguna. Dengan rahmat daripada Tuhan, kita mempunyai pelbagai produk herba dan semulajadi yang lain untuk merawat penyakit, memperbaiki kesihatan kita dan membantu di dalam pertumbuhan mental kita. Dengan menggunakan produk-produk semulajadi tersebut, kita boleh mengatasi masalah-masalah kesihatan dan menjalani kehidupan yang lebih lama daripada kebiasaan. Setelah melakukan kajian terperinci mengenai alam semulajadi, pakar perubatan teragung iaitu Charak (daripada India Kuno) bersama dengan pembantu-pembantunya, telah membuat kesimpulan bahawa kebanyakan daripada herba-herba semulajadi memiliki keupayaan yang besar untuk merawat penyakit-penyakit yang amat serius. Dan mereka juga telah menyusun penyelidikan- penyelidikan mereka ke dalam bentuk kertas. Jika kita mengikuti idea-idea serta cara menjalani kehidupan tersebut, maka kehidupan kita boleh menjadi lebih sihat daripada sekarang. Namun, telah menjadi nasib malang kita kerana tidak memberikan sebarang perhatian terhadap ilmu pengetahuan kuno tersebut. Di dalam Allopath, adalah dianggap bahawa sebab utama kepada sesuatu penyakit adalah kerana kumannya. Jika kita memusnahkan kumannya, kita boleh menyembuhkan penyakit itu. Tetapi jika kita memusnahkan kuman itu, sesetengah mikroorganisma badan yang penting juga akan turut termusnah, yang mana sebaliknya, akan memudaratkan badan kita. Untuk mengelakkan kemudaratan tersebut, alam semulajadi telah memberikan kita banyak penyembuh-penyembuh semulajadi. Di antaranya adalah Kunyit.
Kunyit adalah digunakan untuk menyembuhkan kebanyakan penyakit-penyakit di rumah. Demam selesema, batuk dan sebagainya lagi, kesemuanya boleh disembuhkan dengan menggunakan Kunyit di rumah-rumah kaum India tradisional. Para sanintis juga turut mengkaji kunyit di dalam makmal mereka yang serba lengkap dan mereka telah membuktikan bahawa kunyit:
1. Anti-bakteria
2. Anti-ameba
3. Anti-histamina
4. Anti-radang
5. Anti-oksidaan
6. Anti-reumatik
7. Anti-flatulen
8. Mengurangkan penyakit kencing manis
9. Meningkatkan kepekatan jus hempedu, yang mana dapat membantu menghadam makanan dengan sempurna
10. Ia mengurangkan kolestrol yang hadir di dalam arteri koronari
11. Ia mengurangkan tekanan darah
12. Ia boleh menyembuhkan kebanyakan daripada penyakit-penyakit respiratori

Fakta-fakta saintifik tersebut serta petikan-petikan daripada kitab suci kita telah membuktikan dengan jelas bahawa Kunyit adalah merupakan suatu ubat yang penting dan berguna.

Tiada ulasan:

Feeds

YA ALLAH


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com