Hari demi hari, saya menerima banyak lagi email yang mengadu mengenai pelbagai perkara. Kesemua mereka meminta saya memberikan pandangan dan komen saya terhadap masalah yang mereka hadapi.
Aduhai kawan-kawan. Sudah saya katakan berkali-kali. Saya tak mampu untuk menjawab kesemua email yang diberikan. Ya, kalau ikutkan hati, saya memang nak tolong dan beri pendapat saya. Saya memang teringin nak balas setiap komen yang ditulis di blog ini. Namun, saya minta maaf, saya benar-benar tidak mampu untuk berbuat demikian lantaran kesibukan saya pada tugasan yang sentiasa ada saban hari dan ketika.
Malah ada beberapa orang rakan meminta saya memberikan testimoni untuk produk yang mereka baru lancarkan. Tapi saya pohon jutaan kemaafan kerana tidak dapat memenuhi permintaan mereka. I am really sorry guys. Masa yang saya ada benar-benar terbatas. Sedangkan komitmen saya menggunung tinggi banyaknya.
Saya harap, kepada semua yang mengirim email kepada saya tu, kalau saya tak jawab, jangan kecil hati yer. Saya bukan sengaja malas nak jawab, tetapi seperti yang saya kata. Saya memang tak menang tangan…
Namun, bagi tidak mengecewakan mereka yang mengadu masalah dengan saya tu, saya akan cuba kongsikan beberapa kandungan email yang diberikan dengan semua pembaca blog pakar ini.
Diharapkan, kepada mana-mana pembaca yang ada komen atau pendapat terhadap masalah yang dibangkitkan, bolehlah tinggalkan komen / pendapat anda di ruangan komen tu yer.
Apa jua bentuk komen dan pandangan adalah sangat dihargai. Namun, saya harap, janganlah ada diantara kita yang menggunakan bahasa-bahasa kasar dan kurang ajar yang boleh melukakan hati orang lain.
Berikut adalah kandungan email yang baru saja saya terima semasa waktu rehat makan tengahari tadi. Email kali ini adalah aduan mengenai keperitan duka hati seorang isteri…
Assalamualaikum w.b.t….terlebih dahulu saya berterima kasih kpd pakar krn masih sudi email kan pada saya tips-tips dan saya banyak belajar daripada kisah-kisah yang sering dipaparkan….
pakar,saya ada nak minta pandangan dari seorang yg amat pakar kalau bolehlahhh….mengenai kehidupan seorang wanita diperlakukan sewenang-wenangnya oleh seorang lelaki yang bergelar suami….
kisah yang betul-betul berlaku kpd seorang kawan saya sehingga hidupnya dari usia muda dimana berkahwin pd usia 23 tahun yang telah dikhianati sehingga sekarang yang telah 16 tahun usia perkahwinan….
Berkenalan yg agak lama, lebih kurang 5 tahun dan akhirnya sepakat mengambil keputusan berkahwin….
setelah setahun mendirikan rumahtangga, cintanya dikhianati dengan perkhabaran dimadukan.Betapa hancurnya hati seorang isteri yang amat dipercayai dan dikasihi kerana masih lagi dialam bulan madu tetapi dikejutkan dengan wujudnya orang ketiga…
didalam usia yang masih muda 25 tahun ketika itu…bayangkan dalam usia muda terpaksa menelan segala kesengsaraan.
setelah mendapat cahaya mata pertama.terasa tiada kekurangan diri malah sepenuhnya menatang bagaikan minyak yang penuh….bertahun lamanya terpaksa menerima ketetapan Ilahi biarpun ada waktunya tertanya-tanya dimana kekurangan diri, malah punyai segalanya…sehinggalah lahir anak ke dua dan ketiga..
namun terima takdir ini ,tipulah tidak ada sekelumit cemburu di hati tapi cuba juga dilontarkan jauh-jauh.
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerna dikelilingi keluarga dan rakan-rakan yang cukup kuat memberi semangat dan memahami seadanya….
Tapi disaat mulai tersenyum dan mampu menerima segala KetentuanNya, disaat mampu berdiri….sekali lagi diuji sehingga tercari-cari apakah kesilapan diri, tidak cukup dua..suami berkahwin kali ketiga dengan kawan sekerjanya..
setelah tiga tahun berkahwin, terbongkar lagi kenaifannya…,dan di ketahui tiga bulan lepas…..Sekali lagi kawan saya bagaikan hilang akal…tanya pada suami apakah kekurangannya sehingga menghukum dirinya sedemikian ? Kata suami dia yang mudah jatuh cinta……Senangnya jawapan yang diberikan….Sehinggakan jatuh terduduk mendengar jawapan diberikan…
seringkali kawan saya tertanya-tanya kenapa dirinya menjadi mangsa kerakusan sifat lelaki? apakah dosanya sehingga diperlakukan tanpa merasa menyesal dan telah banyak di korbankan segala-galanya….Wang ringgit.,masa,tenaga dipersia-siakan begitu sahaja…hanya air mata peneman dikala hati dirembat penyesalan kerana punyai suami yang tiada perasaan kasih pada seorang isteri…
kawan saya sering kali menangis dan memohon pada yang Esa minta diberikan kekuatan untuk teruskan kehidupan, dan dirinya amat bersyukur keluarga dan rakan-rakan tidak jemu-jemu berada disisinya.
Disaat dirinya tiada arah dalam kehidupan…Anak-anak juga kekuatan baginya….Betullah kita tidak harus lurus di jalan yang bengkok…..Saat ini hatinya amat hancur bila mengenangkan perbuatan suaminya…Malah dia tidak pernah menyusahkan suami kerana punyai kerjaya sendiri, punyai rupa yang boleh dibanggakan jika nak dibandingkan dengan kedua-dua madunya……
tapi ini belum boleh menambat hati suaminya……suaminya tetap leka dengan dunianya…..cinta dan khayalannya…….
Buat pengetahuan pakar 2 bulan lepas kawan saya mulai mengenali seseorang yang berlainan agama, belum kahwin, tapi diri dia mula menyayanginya..perasaan yang tidak pernah hadir dalam diri kawan saya sepanjang perkahwinan kerana selama ini mencintai suaminya saja sepenuh hati biarpun dia terlalu banyak melukakan hati sepanjang perkahwinannya….
Hari ini hidupnya bagaikan gelombang,sekejap gelora sekejap reda,…betapa sakitnya hati ditipu,cinta dikhianati,setia diranapi…apa lagi yang tinggal untuknya kini hanyalah permata hati……Anak-anak yang amat memahami…..
Apakah silapnya jika hari ini dan esok dia juga tidak setia seperti suaminya….Dia berharap pembaca diluar sana mampu memberikan tips untuk dirinya……Orang tidak pernah rasa sebagaimana pahitnya yang dilaluinya rasa,hanya yang merasa saja kan tahu betapa siksanya…
Dan saya teramat kasihan setiap kali mendengar kejahilan suaminya kerana membuatnya tidak bahagia sehingga kini..
Apalah erti sebuah rumah tangga jika dipenuhi derita….!!!!!!!!!!!!…Ini yang mebuatkan saya tergerak hati untuk berkongsi bersama pakar…Sekian dulu email kali ini…harap pakar sudi memberikan pandangan untuk saya kongsi bersama kawan saya mengenai hidupnya….Sekian…….terima kasih,wassalam
So, macammana?? Dapatkah anda rasakan bebanan perasaan yang ditanggung oleh si isteri seperti yang dalam email diatas? Kalau anda berada di posisi si isteri itu, apakah yang anda akan lakukan?? Memekik melolong meronta tidak keruan?? Atau cool, tenang, redha dan pasrah atas ketentuan Tuhan??
** Kebetulan, kenalan saya iaitu Fatimah Sham ada mengeluarkan sebuah ebook yang cukup baik bagi mereka yang sudah berkahwin mahupun yang masih belum berkahwin untuk dijadikan panduan dalam menghadapi kehidupan berumahtangga. Jika ebook ini dibaca dengan teliti dan diamalkan, saya yakin anda pasti mampu mengecapi kebahagian hidup berumahtangga. Klik Sini untuk maklumat lanjut *
Tiada ulasan:
Catat Ulasan