Selasa, 16 Februari 2010

Isteri kurang ajar, suami jadi curang!

 

 

Sejak saya berkongsi beberapa masalah rumahtangga yang dihantar oleh para pembaca blog ini, hampir setiap hari, ada saja orang menghantar email pada saya, bercerita dan mengadu tentang masalah yang mereka hadapi.

Terbaru, saya ada menerima luahan hati dari seorang suami yang patah hati dan kecewa dengan sikap isterinya yang kurang ajar serta tidak hormat padanya.


Saya sebenarnya kalau boleh, tak mahu mendengar cerita dan campur tangan dalam masalah yang mereka hadapi. Tapi disebabkan si pengadu benar-benar mengharapkan pandangan dan komen dari saya, takkanlah pula saya hendak abaikan saja permintaannya.

Berikut ini saya kongsikan sedikit isi kandungan email luahan hati seorang suami yang saya gelar sebagai “AD”.

Tuan. Maaflah kiranya email ini mengganggu tuan. Saya tak tahu kepada siapa patut saya luahkan perasaan ini. Untuk pengetahun, saya sudah berkahwin lebih 13 tahun. Hasil perkahwinan saya dikurniakan beberapa orang anak (yang paling tua 12 tahun).

Masalah saya ialah, isteri saya terlalu kurang ajar pada saya. Dia langsung tak hormat pada saya sebagai suaminya. Maki hamun, sumpah seranah sudah lali bagi saya. Perkataan “pukimak kau”, “babi kau”, “lembap”, “slow”, “papa kedana” dan sebagainya itu sudah terlalu biasa bagi saya.


Patutkah dia berkata begitu pada saya hanya semata-mata dia sakit hati dan bengang pada saya atas sebab yang tak menyalahi syariat agama?

Sebenarnya, saya ni tidak bekerja tetap sedangkan dia bekerja kerajaan yang bergaji lumayan. Kelulusan saya hanya setakat tingkatan 5 tetapi dia ada ijazah. Satu lagi, saya ni jenis orang yang agak ’slow’ dan lambat bertindak. Sedangkan dia sangat cergas dan buat kerja laju. Jadi, memang ada banyak masalah yang timbul kesan daripada perbezaan ini.

Saya akui, saya banyak kelemahan. Tapi takkanlah disebabkan perkara itu dia boleh hina, caci maki dan sumpah seranah pada saya? Sampai pernah satu ketika dia pernah sebut perkataan kotor ditujukan kepada arwah ibu saya hanya semata-mata dia bengang sebab saya tak tunaikan janji. Ya, memang salah saya tak tunaikan janji. Tapi patutkah dia berkata begitu sampai nak arwah ibu saya dikaitkannya?

Dulu saya memang masih dapat bertahan dengan sikap kurang ajarnya. Saya sabar saja bila dia buat perangai. Tapi kesabaran itu ada hadnya. Saya dah tak tahan lagi. Kalau dia dah tak hormati saya sebagai suaminya, takpa saya boleh cari orang lain yang lebih menghargai saya.

Tuan tahu tak. Saya kini sudah ada seorang buah hati. Saya akui walaupun dia tak berapa cantik, tapi dia pandai mengambil hati saya. Dia hormat pada saya. Hubungan kami semakin rapat. Sehingga satu hari, kami telah berani buat aksi ringan-ringan….


*Gambar ini adalah hiasan saja...

Hmm…saya rasa cukuplah sekadar itu saya kongsikan kisah ini. Saya sendiri sebenarnya tak sanggup nak baca kisah yang diceritakan selepas itu. Ianya cukup meresahkan hati dan menyesakkan jiwa saya. Bukan kerana simpati tetapi kerana sangat sedih dan kecewa dengan sikap sesetengah daripada kita yang tidak faham maksud hidup dan tanggungjawab sebagai orang Islam.

Terus terang, saya berasa sangat sedih dan risau dengan pelbagai masalah rumahtangga yang melanda masyarakat sekarang. Lebih-lebih lagi yang melibatkan keluarga muslim.

Saya tidak tahu dengan pasti, setakat mana serius dan parahnya masalah kekeluargaan yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang (kerana saya tidak membuat kajian mengenainya). Tetapi berdasarkan jumlah email yang saya terima, aduan yang saya terima tentang pelbagai jenis masalah yang mereka hadapi, saya rasa keadaan sekarang agak serius dan sesuatu perlu dilakukan bagi memperbaiki keadaan.

Saya tidak pasti apa punca kenapa masalah dalam rumahtangga ini semakin meningkat. Adakah kerana dunia yang semakin maju sehingga menyebabkan orang terlampau sibuk mengejar keduniaan sehingga keluarga terabai? Adakah kerana sikap ambil mudah dan malas mencari ilmu pengetahuan tentang cara hidup berumahtangga yang betul? Atau sebab apa?

Adakah kerajaan sekarang langsung tidak mengambil apa-apa tindakan bagi menangani masalah ini? Bukankah pasangan yang mahu mendirikan rumahtangga diwajibkan menghadiri kursus perkahwinan?

Jadi, mengapa masalah rumahtangga ini terus meningkat dan terus meningkat?

Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Dunia yang semakin maju? Kerajaan yang sibuk main politik? Suasana masyarakat yang tidak ambil peduli? Suami yang terlalu ego? Isteri yang tidak faham peranan dan tanggungjawabnya?

Siapa? Siapa yang patut dipersalahkan bilamana kebahagiaan tidak lagi dirasai dan ketenangan tiada lagi dalam rumahtangga.

Aduhai banyak sekali persoalan yang bermain dalam fikiran saya. Kadang-kadang mahu saja saya menjerit kepada para suami dan para isteri semua, “BUKANKAH ISLAM DAH GARISKAN PERANAN, TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MASING-MASING? SUAMI KAN ADA PERANAN DAN TANGGUNGJAWABNYA? ISTERI PUN ADA PERANAN DAN TANGGUNGJAWABNYA. DUA-DUA, SUAMI DAN ISTERI KENA FAHAM PERANAN DAN TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB MASING-MASING! FAHAMI DAN PATUHI LAH KETETAPAN DAN GARIS PANDUAN YANG ISLAM DAH AJAR.”

Saya yakin, kalau kita ikut ajaran dan garis panduan yang ditetapkan oleh Islam, maka kita pasti akan dapat merasai kebahagian hidup berumahtangga.

Cuma masalahnya kita ni ialah, kita pandang ringan dan tak ambil peduli pun peraturan, garis panduan dan pentujuk yang Nabi SAW dah tunjukkan pada kita. Kita langggar larangan yang Islam dah gariskan. Kita ingkar arahan ALLAH SWT. Kita seronok melayan hawa nafsu kita. Dan kita begitu asyik mengejar kemewahan dunia. Sehingga kita lupa bahawa maksud hidup kita atas dunia ini adalah untuk mencari redha Allah. Kita terlupa yang hidup kita ini hanyalah sementera.

Habis? Siapa yang harus dipersalahkan lagi…? Mereka dan keluarga mereka?? Atau kita, diri sendiri…?

Lu fikirlah sendiri <– pinjam kata Nabil skit! huhu

* Kebetulan, kenalan saya iaitu Fatimah Sham ada mengeluarkan sebuah ebook yang cukup baik bagi mereka yang sudah berkahwin mahupun yang masih belum berkahwin untuk dijadikan panduan dalam menghadapi kehidupan berumahtangga. Jika ebook ini dibaca dengan teliti dan diamalkan, saya yakin anda pasti mampu mengecapi kebahagian hidup berumahtangga. Klik Sini untuk maklumat lanjut *

Tiada ulasan:

Feeds

YA ALLAH


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com