Selasa, 2 Mac 2010
Petua Asas Atasi Stress
Dikirim oleh ummuabbas dalam Koleksi Tip. Tagged: stress, zikrullah. Tinggalkan Komen
Kebiasaan kita apabila ditimpa masalah atau mengalami tekanan perasaan, antara kaedah berikut mungkin menjadi pilihan untuk meringankan beban. Ada yang positif dan ada yang negatif;
a) Meluahkan masalah pada individu yang dipercayai. E
b) Keluar ‘makan angin’ atau bersiar-siar. E
c) Mencoret di atas kertas atau di laman maya. E
d) Menangis atau meraung seorang diri. E
e) Mengambil pil penenang. E
f) Tidur. E
g) Melampiaskan tekanan pada individu yang tidak bersalah seperti staf bawahan, pembantu rumah, anak-anak, pasangan dan lain-lain dengan cara memarahi mereka atau membentak tanpa rasional. D
h) Mencampak barang-barang yang ada di sekeliling. Ada barang yang selamat dan ada yang rosak. D
i) Minum arak, ambil dadah dan seumpamanya. D
j) Bunuh diri. D (minta dijauhkan Tuhan)
k) Lain-lain.
Kaedah negatif hanya menambah kekusutan jiwa kerana ia satu dosa. Contoh kaedah h kerana ia membazirkan tenaga, masa dan barang yang dirosakkan. Membazir wang lagi bila kena beli semula untuk menggantinya. Pendek kata, banyak rugi dari untung.
Kaedah paling berkesan yang pernah saya gunakan untuk mengatasi stress ialah dengan mengambil Vitamin Z. Vitamin Z tidak perlu dibeli. Cukup dengan sedikit konsentrasi pada minda dan hati. Kita akan dapat manfaat yang sangat besar dari Vitamin Z ini. Vitamin Z yang dimaksudkan ialah ‘Zikrullah’ atau mengingati Allah. Ia terbukti berkesan. Bahkan memberi keuntungan bukan setakat di dunia fana, bahkan berpanjangan hingga akhirat sana.
Orang-orang yang beriman dan tenang hati mereka dengan “zikrullah”. Bukankah dengan mengingati Allah dapat menenangkan hati.
Kenyataan di atas merupakan jaminan Allah melalui ayat 28 surah al-Ra’d.
Apa jua permasalahan yang dihadapi hingga mendatangkan stress, boleh ambil Vitamin Z ini. Noktah penting yang kita perlu ada dalam diri ialah ikhlas. Justeru jangan takut dan bimbang walau punca stress adalah amalan negatif seperti kalah judi, mencuri dan pelbagai lagi. Kalau pil penenang pun ada cara menggunakannya supaya manfaat diperolehi. Begitu juga dengan Vitamin Z ini. Betul cara menggunakannya, pasti berjaya! J
Kaedah pengambilan Vitamin Z secara berkesan:
Langkah 1 Ê Abaikan dahulu minda anda dari memikirkan apa jua masalah yang sedang dihadapi. Dengan lain perkataan kosongkan fikiran terlebih dahulu.
Langkah 2 Ê Kemudian perlahan-lahan hadirkan hati untuk mendapatkan khasiat Vitamin Z. Ingatilah Allah dengan fikiran dan hati anda. Bukankah Allah yang mengurniakan minda dan hati pada kita? Justeru, tidak susah mengembalikan ingatan minda dan tumpuan hati pada Yang Maha Mencipta.
Langkah 3 Ê Setelah fikiran anda dapat rehat dan hati tenang dengan mengingati Allah. Barulah anda fikirkan semula masalah yang menjadi punca stress dalam keadaan tenang.
Berfikir dalam keadaan tenang membuatkan kita lebih rasional dalam menentukan tindakan. Apatah lagi ketenangan yang datangnya dari Allah.
Bagi mengekalkan ketenangan yang diperolehi, usahakan kaedah penyelesaian yang diredai Allah. Rujuk kepada mereka yang pakar dalam permasalahan yang dihadapi. Kalau kita mengguna pakai cara yang tidak diredai Allah, ketenangan akan menjauh semula dari kehidupan kita. Fikir-fikirkan…
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
YA ALLAH
Create a playlist at MixPod.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan